FAKTOR SEPUNYA DAN FAKTOR SEPUNYA TERBESAR (FSTB)
Mencari faktor sepunya bagi dua atau tiga nombor
Untuk mencari factor bagi beberapa nombor, senaraikan semua faktor bagi setiap nombor itu dan kemudian pilih faktor-faktor sepunya daripada senarai itu.
# Faktor sepunya dua nombor
Misalnya,
Faktor bagi 12 = 1, 2, 3, 4, 6, 12
Faktor bagi 42 = 1, 2, 3, 6, 7, 14, 21, 42
Jadi faktor sepunya bagi 12 dan 42 ialah 1, 2, 3 dan 6.
# Faktor sepunya tiga nombor
Misalnya,
Faktor bagi 30 = 1, 2, 3, 5, 6, 10, 15 , 30
Faktor bagi 75 = 1, 3, 5, 15, 25, 75
Faktor bagi 105 = 1, 3, 5, 7, 15, 21, 35, 105
Jadi faktor sepunya bagi 30, 75 dan 105 ialah 1, 3, 5 dan 15.
Contoh 1 :
Cari faktor sepunya bagi 6, 12 dan 54.
Penyelesaian
Faktor bagi 6 = 1, 2, 3, 6
Faktor bagi 12 = 1, 2, 3, 4, 6, 12
Faktor bagi 54 = 1, 2, 3, 6, 9, 18, 27, 54
Jadi faktor sepunya bagi 6, 12 dan 54 ialah
1, 2 ,3, dan 6.
|
Menentukan sama ada suatu nombor ialah faktor sepunya bagi dua nombor atau tiga nombor.
Faktor sepunya bagi beberapa nombor ialah nombor yang menjadi faktor kepada semua nombor itu.
Misalnya,
4 ialah satu faktor bagi 8.
4 ialah satu faktor bagi 12.
Maka 4 ialah faktor sepunya bagi 8 dan 12.
Contoh 2 :
Tentukan sama ada 8 adalah faktor sepunya bagi 32, 48 dan 112.
Penyelesaian
• 32 ÷ 8 = 4
• 48 ÷ 8 = 6
• 112 ÷ 8 = 14
32, 48 dan 112 boleh dibahagi tepat dengan 8.
Maka, 8 ialah faktor sepunya bagi 32, 48 dan 112.
|
Mencari faktor sepunya terbesar bagi dua atau tiga nombor.
1. Faktor sepunya terbesar (FSTB) bagi beberapa nombor adalah faktor sepunya
terbesar antara faktor- faktor sepunya itu.
2. Untuk mencari FSTB bagi beberapa nombor, dua kaedah boleh digunakan.
Kaedah 1
Dengan menyenaraikan semua faktor sepunya bagi nombor-nombor itu dan kemudian memilih faktor sepunya yang terbesar.
|
Kaedah 2
Dengan menggunakan algoritma iaitu membahagi nombor-nombor itu berulang kali dengan faktor-faktor sepunya terkecil.
|
Kaedah menyenarai semua faktor dan Mengunakan kaedah algoritma
http://www.youtube.com/watch?v=RFpM3X1pfjI
memilih faktor sepunya terbesar.
Contoh 3 :
Cari FSTB bagi 28 dan 36.
Penyelesaian
Faktor bagi 28 = 1, 2, 4, 7 , 14 dan 28
Faktor bagi 36 = 1, 2, 3, 4, 6, 9, 12, 18 dan 36
Faktor sepunya bagi 28 dan 36 ialah 1, 2 dan 4
Oleh itu, FSTB bagi 28 dan 36 ialah 4.
|
Contoh 3 :
Cari FSTB bagi 28 dan 36.
• Oleh itu, FSTB bagi 28 dan 36
= 2 x 2 = 4. |
http://www.youtube.com/watch?v=RFpM3X1pfjI
Amazing
ReplyDeleteCan you please at least do more like 32,48,56and more
ReplyDelete