Tuesday, 27 March 2012

FAKTOR SEPUNYA DAN FAKTOR SEPUNYA TERBESAR (FSTB)

Mencari faktor sepunya bagi dua atau tiga nombor 
Untuk mencari factor bagi beberapa nombor, senaraikan semua faktor bagi setiap nombor itu dan kemudian pilih faktor-faktor sepunya daripada senarai itu.
# Faktor sepunya dua nombor
   Misalnya,
   Faktor bagi 12 = 1, 2, 3, 4, 6, 12
   Faktor bagi 42 = 1, 2, 3, 6, 7, 14, 21, 42
   Jadi faktor sepunya bagi 12 dan 42 ialah 1, 2, 3 dan 6.

# Faktor sepunya tiga nombor
   Misalnya,
   Faktor bagi 30 = 1, 2, 3, 5, 6, 10, 15 , 30
   Faktor bagi 75 = 1,  3, 5, 15, 25, 75
   Faktor bagi 105 = 1, 3, 5, 7, 15, 21, 35, 105
   Jadi faktor sepunya bagi 30, 75 dan 105 ialah 1,  3, 5 dan 15.


Contoh 1 :
 
Cari faktor sepunya bagi 6, 12 dan 54.

Penyelesaian
Faktor bagi 6 = 1, 2, 3, 6
Faktor bagi 12 = 1, 2, 3, 4, 6, 12
Faktor bagi 54 = 1, 2, 3, 6, 9, 18, 27, 54
Jadi faktor sepunya bagi 6, 12 dan 54 ialah
1,  2 ,3, dan 6.




Menentukan sama ada suatu nombor ialah faktor sepunya bagi dua nombor atau tiga nombor.

Faktor sepunya bagi beberapa nombor ialah nombor yang menjadi faktor kepada semua nombor itu.
   Misalnya,
   4 ialah satu faktor bagi 8.
   4 ialah satu faktor bagi 12.
   Maka 4 ialah faktor sepunya bagi 8 dan 12.


Contoh 2 :
Tentukan sama ada  8 adalah faktor sepunya bagi 32, 48 dan 112.
Penyelesaian                                   
       32 ÷ 8 =  4     
       48 ÷ 8 = 6
       112 ÷ 8 = 14
32, 48 dan 112 boleh dibahagi tepat dengan 8.
Maka, 8 ialah faktor sepunya bagi 32, 48 dan 112.





Mencari faktor sepunya terbesar bagi dua atau tiga nombor.

1. Faktor sepunya terbesar (FSTB) bagi beberapa nombor adalah faktor sepunya
    terbesar antara faktor- faktor sepunya itu.
2. Untuk mencari FSTB bagi beberapa nombor, dua kaedah boleh digunakan.



Kaedah 1
Dengan menyenaraikan semua faktor sepunya bagi nombor-nombor itu dan kemudian memilih faktor sepunya yang terbesar.
Kaedah 2
Dengan menggunakan algoritma iaitu membahagi nombor-nombor itu berulang kali dengan faktor-faktor sepunya terkecil.

 

 
Kaedah menyenarai semua faktor dan                                             Mengunakan kaedah algoritma
memilih faktor sepunya terbesar.

Contoh 3 :
  Cari FSTB bagi 28 dan 36.                                                                                                      
Penyelesaian
Faktor bagi 28 = 1, 2, 4, 7 , 14 dan 28
Faktor bagi 36 = 1, 2, 3, 4, 6, 9, 12, 18 dan 36
 Faktor sepunya bagi 28 dan 36 ialah 1, 2 dan 4
 
Oleh itu, FSTB bagi 28 dan 36 ialah 4.
 
Contoh 3 :
  Cari FSTB bagi 28 dan 36.
 Penyelesaian
   
     2  28,  36
     2  14,  18
    7,    9
       Oleh itu, FSTB bagi 28 dan 36 
         = 2 x 2 = 4.



http://www.youtube.com/watch?v=RFpM3X1pfjI





Saturday, 10 March 2012

Ringkasan Opener 2 Dan Opener 9

Opener 2 : E-Pembelajaran Dan Pembelajaran Bercampur.
Di dalam Opener 2, John Heyl Vincent membincangkan tentang e-pembelajaran.Jarak antara pengajar dan pelajar sentiasa wujud tetapi teknologi menutup jurang yang ada.Internet dan pelbagai jenis media membawa pelajar dan pengajar bersama-sama. Alat yang digunakan dalam e-pembelajaran ialah alat konferensi web, radio,  CD, DVD, televisyen,  perbualan dalam talian, telefon bimbit dan sebagainya.Pelanggan yang berbeza yang baru telah muncul yang memerlukan peruntukan yang sama yang berbeza dalam  pengajaran.Mereka memerlukan akses terbuka dan kemahiran semula bagi memenuhi permintaan baru dalam pendidikan.Sumber-sumber yang baru memberi perubahan yang dinamik dalam persekitaran pendidikan.Gabungan teknologi baru membolehkan pembelajaran secara terbuka,pergantungan kepada guru dapat dikurangkan dan memberi kuasa kepada pelajar.
Ivan Illich mengatakan “Deschooling Society” tidak berkesan dan beliau menyarankan supaya hak belajar kepada semua orang, cara berfikir yang baru dalam pendidikan, pendidikan haruslah dari diri sendiri, boleh belajar dari orang lain dan  prihatin.’ NotSchool’ dii perkenalkan pada 2001 oleh Heppell.Ia membantu pelajar dan memberi peluang kepada individu yang tidak dapat mengikuti persekolahan secara tradisional dengan baik. Ia adalah satu model baru dalam pendidikan. Teknologi baru yang diguna ialah seperti Podcasting,Coursecasting,Wikibooks,Blog video dan pembelajaran secara bergerak.
Pada 2007, ‘Project Tomorrow’ mendapati bahawa hampir separuh daripada pelajar sekolah tinggi dan 1/3 dari sekolah pertengahan berminat untuk mengikuti kursus dalam talian yang tidak disediakan di sekolah mereka.Ini kerana mereka dapat belajar mengikut rentak masing-masing (fleksibel), ikut hekendak peribadi, berkemungkinan untuk mendapatkan bantuan tambahan dan berupaya untuk mengambil kursus lebih awal.
Mandarin di Michigan menerima teknologi dan menghubungkan dengan trend di dunia.Ia telah diluluskan untuk mewajibkan pelajar sekolah tinggi untuk mengambil sekurang-kurangnya satu kursus online.Lebih banyak pintu membuka sebagai pelajar terlibat dalam lawatan sambil belajar dalam talian, blog dan sembang.Mereka boleh menyemak kemajuan pembelajaran mereka dalam portfolio elektronik. FLVS adalah satu sekolah pertama dalam talian di Amerika Syarikat pada tahun 1997. Ia menggunakan alat teknologi pilihan untuk menggalakkan pembelajaran.Ia adalah sebuah sekolah model kepada sekolah lain dan bekerjasama dengan negeri-negeri lain untuk menjelajah dunia. Selain itu,erkembangan e-pembelajaran berguna kepada syarikat-syarikat besar seperti IBM, Microsoft dan Oracle dalam menggunakan pembelajaran bercampur untuk tujuan latihan.Cara tersebut sangat menarik dalam pendidikan orang dewasa.
Universiti Illinois di Springfield (UIS) menawarkan belajar secara dalam talian dan bersemuka untuk semua kursus.Kursus secara bercampur memberikan pilihan sebagai pelajar yang datang dari seluruh negara.Ia merupakan satu anjakan dalam pemikiran mengenai pengajaran dan pembelajaran.
E-pembelajaran  memberi kesan kepada universiti awam meningkatkan Kehidupan ,dapat Mengubah segalanya, kecekapan dalan pendidikan tinggi dan memberi peluang kepada pelajar membuat pilihan.

Antara halangan yang terdapat dalam e-pembelajaran ialah ramai pendidik dan jurulatih tetap agak keberatan untuk mengamalkan pembelajaran dalam talian,kos yang terhad untuk membuat perubahan,kekurangan masa atau pengiktirafan bagi penggunaan teknologi dalam talian dan kursus dalam talian sering kekurangan interaktiviti dan penglibatan.


Opener 9 : Mobiliti Sebenar Dan Mudah Alih.

Pembelajaran mudah alih (m-pembelajaran) dan pembelajaran di mana-mana (u-pembelajaran) memupuk kemahiran digital yang diperlukan untuk abad ke-21.Teknologi M-Pembelajaran dan U-Pembelajaran sesuai untuk aktiviti-aktiviti berpusatkan pelajar kerana ia menyediakan lebih banyak fleksibiliti dan pilihan dalam proses pembelajaran.Ia telah muncul dalam tahun-tahun kebelakangan ini dengan penggunaan yang semakin meningkat ke atas alat mudah alih dan tanpa wayar oleh pelajar.
Alat mudah alih seperti telefon, komputer riba, PDA dan sebagainya.


Ia adalah pen pintar yang digunakan untuk menulis, merekod dan mempersembahkan nota.
Nota yang diambil akan dipindahkan ke dalam komputer.Pelajar boleh menulis apa yang mereka ingin komputer untuk berbuat demikian seperti mencari sesuatu maklumat, membeli buku secara dalam talian dan sebagainya.Pen pintar yang digunakan adalah seperti Pulse dan Echo.

Ipid, Iphone dan Twitter adalah cara yang digunakan untuk berkongsi maklumat dengan pensyarah, berhubung dengan rakan sekuliah serta memaparkan idea-idea dan mendapatkan maklumat secepat mungkin. Ia secara tidak langsung dapat melancarkan proses mendapatkan maklumat dan sebarang maklumbalas daripada pensyarah dan rakan-rakan dengan cepat.

M-Pembelajaran telah dipraktiskan di seluruh dunia. Antaranya ialah :-

Alat Mudah Alih Percuma di Utara Amerika
        
Pada 2008, Projek K-Nect menyediakan tempat untuk masalah Matematik dan Sains dimana pelajar dapat menyelesaikannya dengan telefon bimbit mereka.MIT, Universiti Carnegie Mellon dan Kolej Boston menggunakan kepakaran teknologi untuk memberikan pelajar keupayaan mengetahui samada mesin pakaian masih ada untuk digunakan atau tidak. Universiti Abiline Christian (ACU) memberi iPhone atau iPod Touch kepada pelajar-pelajar baru. Pelajar dapat menerima mesej daripada pensyarah, mengubah jadual kelas kepada masa yang lebih sesuai dan sebagainya.

Satu Komputer Riba Untuk Seorang Kanak-Kanak
       
Berjuta komputer riba murah dihasilkan untuk kanak-kanak. Ia dipanggil ‘XO’.Ia dihasilkan untuk kanak-kanak meneroka, berkerjasama dan berkongsi idea dan maklumat.
-          XO = $100
-          Kerajaan India = $10
-          MIT umumkan perancangan untuk $12 u
                setiap komputer riba.

Kesimpulannya, M-Pembelajaran dan U-Pembelajaran dapat Memberikan kesedaran bahawa teknologi mudah alih dan tanpa wayar yang disediakan amat penting untuk menyokong pembelajaran.